Kali ini, kami kongsingkan pula salah satu resepi yang menjadi viral pada masa ini. Resepi kali ini adalah Semperit Coklat. Sudah bers...

Kali ini, kami kongsingkan pula salah satu resepi yang menjadi viral pada masa ini. Resepi kali ini adalah Semperit Coklat. Sudah bersedia? ayuh kita mulakan sekarang.
Bahan-bahannya:
1. 240 g mentega
2. 3 sudu besar serbuk koko
3. 120 g gula halus
4. 2 biji kuning telur
5. 150 g tepung jagung
6. 80 g tepung kastard
7. 230 g tepung gandum
Hiasan:
Cip coklat
Cara membuatnya.
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
2. Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
3. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko. Uli hingga menjadi doh lembut.
4. Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
5. Hiaskan dengan taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit.
Semperit Coklat anda kini siap sedia untuk dihidangkan! Mudah bukan?
Selamat mencuba!!