Resepi puding Tiramisu amat sesuai sekali dihidangkan sebagai pencuci mulut. Jadi, pada anda yang berkelapangan, bolehlah cuba sediakan ...
Resepi puding Tiramisu amat sesuai sekali dihidangkan sebagai pencuci mulut. Jadi, pada anda yang berkelapangan, bolehlah cuba sediakan resepi ini yang sememangya mudah untuk disediakan.
Bahan-Bahan:
1. Susu cair - 3 tin
2. Susu pekat - 1tin
3. Tepung kastard - 12 sudu mkn
4. Air - 1 cawan
5. Secubit garam
6. Biskut cream cracker - 1 peket
7. Serbuk koko/ milo
8. Coklat rise
9. Buah-buahan sebagai hiasan.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Masukkan susu cair dan juga tepung kastasd ke dalam satu bekas, kacau dan gaul.
2. Masukkan susu pekat selepas itu. Jika anda suka manis, boleh ikut sukatan anda.
3. Masukkan secubit garam ke dalam bancuhan tadi, dan panaskan di atas api yang sederhana.
4. Masak bancuhan tadi sehingga ianya bertukar menjadi pekat dan likat.
5. Hancurkan biskut cream cracker dan tabur di dalam bancuhan tadi. Taburkan juga serbuk milo, ulang langkah ini sehingga menjadi dua lapisan.
6. Lapisan atas sekali boleh anda hias mengikut citarasa anda sendiri.
7. Setelah selesai, masukkan bancuhan kedalam peti sejuk.
Siap!!
Anda boleh menikmati Resepi Puding Tiramisu yang mudah ini bersama keluarga, lebih-lebih lagi di waktu berbuka nanti.
Selamat mencuba!!