Resepi Biskut Tart Bunga Teratai ini merupakan antara resepi yang popular semasa musim perayaan ini. Kami kongsikan kepada anda resepi...
Resepi Biskut Tart Bunga Teratai ini merupakan antara resepi yang popular semasa musim perayaan ini. Kami kongsikan kepada anda resepi ini.
Bahan-bahannya ( 150 biji )
1. 325g mentega
2. 1 cwn icing sugar
3. 2 biji kuning telor
4. 4 sudu besar kastard
5. 3 sudu besar tepung jagung
6. 1 cwn susu tepung
7. 250gm tepung gandum - boleh di tambah jika adunan lembik
8. 1 biji nanas di parut atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas untuk membuat jem
9. Cawan kertas kecil
Cara membuatnya.
1. Mula - mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi.
2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.
3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya
4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis.
5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan kertas.
6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit
Pada anda yang sudah cuba resepi ini, bolehlah kongsi-kongsikan dengan rakan-rakan yang lain juga ya.
Selamat mencuba!