Baiklah, untuk kali ini, kami nak kongsikan kepada anda resepi yang mudah dan senang disediakan terutama sekali sempena musim perayaan...
Baiklah, untuk kali ini, kami nak kongsikan kepada anda resepi yang mudah dan senang disediakan terutama sekali sempena musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Biskut Snow Almond ini merupakan antara biskut yang popular sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. Sudah bersedia? Jom kita mulakan sekarang.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-
Bahan A
260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam
Bahan B
300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung
Hiasan :
Coklat masakan dan breadcrumb putih
Cara-cara membuatnya.
1. Pukul bahan A hingga berkrim.
2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan pilihan anda sendiri.
4. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
5. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.
Dah siap!
Mudah bukan. Kongsi-kongsikan dengan rakan-rakan anda juga ya.