Hari ni kita belajar buat resepi kek coklat lava yang mudah dan sangat ringkas. Resepi ini adalah salah satu jenis pencuci mulut atau boleh ...
Hari ni kita belajar buat resepi kek coklat lava yang mudah dan sangat ringkas. Resepi ini adalah salah satu jenis pencuci mulut atau boleh di makan semasa bersantai. Percayalah, kalau dah makan sekali, pasti nak lagi...
Bahan-bahanya :-
Bahan-bahan (A)
- Dark Coklate - tak kisah jenis apa (saya guna dark coklat kisses)
- Butter
Bahan-bahan (B)
- 3 Biji telur
- 2 Sudu gula kastor (guna sudu lauk yer)
- 1 Sudu kecil esen vanilla
- 1 Sudu besar serbuk koko
- 2 Sudu tepung gandum (guna sudu lauk juga)
Caranya :-
- Masukan gula dan telur, pukul hingga gula hancur (guna mixer ataupun whisker saje pun boleh).
- Sementara itu, cairkan coklat bersama butter (masuk microwave boleh, buat kaedah double boiler pun boleh).
- Kemudian campurkan coklat cair tadi ke dalam adunan telur dan kacau supaya sebati.
- Bila dah sebati, masukan esen vanilla, serbuk koko dan tepung gandum, kacau lagi supaya tidak berketul.
- Setelah selesai, tuangkan kedalam bekas loyang yang telah di griskan dengan majerin @ butter. (nak guna bekas lain pun boleh, macam mangkuk kertas cupcake ke atau sebagainya)
- Simpan sekejap dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum dibakar.
- Panaskan oven dengan suhu 160 %C dan bakar selama 13-15 minit. (jangan terlalu lama, nanti dalamnya masak sepenuhnya dan tak jadi lava).
Sekian. Selamat mencuba!!!!!! (boleh juga dimakan bersama aiskrim)